Wednesday, July 17, 2013

5 Pilihan Untuk Perniagaan Online atau Bisnes Online



Terdapat pelbagai cara dan pilihan untuk mencari duit online yang digunakan oleh "Internet Marketer" tetapi, di dalam artikel ini saya akan menyenaraikan 5 pilihan untuk mereka-mereka yang ingin melakukan perniagaan online atau bisnes online. Setiap pilihan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri bergantung kepada kesesuaian dan kefahaman anda. Jadi, sebelum anda memulakan perniagaan internet, luangkan masa anda untuk membaca dahulu keseluruhan artikel ini sebelum membuat pilihan. Sebelum bermula, langkah pertama yang perlu dilakukan bagi memulakan sesuatu perniagaan internet adalah membina laman web atau blog. Anda boleh memilih diantara satu. Yang banyak digunakan sekarang adalah blog iaitu dengan mengunakan blogger atau wordpress. Saya sendiri menggalakkan anda menggunakan blog. Untuk memilikinya anda perlu melakukan beberapa pendaftaran terlebih dahulu, ada yang berbayar dan ada yang percuma. Terdapat banyak panduan pemasangan dan pengunaan percuma tentang blog di internet. Setelah anda mempunyai blog, anda perlu melakukan SEO untuk mendapatkan trafik yang banyak ke blog tersebut. Secara teknikalnya, jumlah trafiklah yang akan menentukan kejayaan sesebuah perniagaan internet.


1) Menyewakan Ruang Untuk Pengiklanan

Seperti saya katakan tadi, jumlah trafik adalah sangat penting. Jika anda menyediakan perkhidmatan ruang pengiklanan, aspek utama yang akan di ambil kira oleh pelanggan adalah jumlah trafik di halaman yang akan mereka sewa. Jadi untuk memilih perniagaan internet seperti ini, anda haruslah memiliki atau menjadikan laman web/blog anda dikunjungi oleh ramai pengunjung.

2) Meletakkan Iklan Google Adsense

Google AdSense adalah satu peluang perkongsian pendapatan untuk laman web kecil, sederhana dan besar yang meletakkan iklan seperti barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kandungan laman web/blog anda, yang disasarkan kepada pengunjung yang kerap ke halaman anda. Kemudian, anda akan dibayar sejumlah kecil apabila iklan itu sama ada "dipaparkan" pada halaman anda atau di "klik".

3) Menjual Produk Fizikal Atau Elektronik

Pilih produk yang unik untuk dijual. Lebih menekankan perbezaan diantara produk anda dengan orang lain dan mengapa pembeli harus menyukai produk anda adalah lebih mudah berbanding bersaing untuk produk yang sama.

Memilih design laman web/blog anda. Elegant atau 'funky', klasik atau hipster, laman web anda harus mencerminkan apa yang anda jual.

Menubuhkan satu laman web e-dagang. Untuk menjual produk anda dengan berkesan, dan menguruskan proses dari harga sehingga ke laporan, sebuah laman web yang pakar dalam e-dagang adalah penting dalam perniagaan internet contohnya laman web seperti "Shopify", "Volusion" dan "Etsy" yang menawarkan pakej yang berdaya saing, dengan template percuma, pemprosesan kad kredit, dan pelbagai fungsi lagi.

4) Menyediakan Perkhidmatan

Sediakan portfolio anda. Sama ada anda seorang programmer yang pakar dalam Javascript, pereka grafik, tukang paip, atau penulis. Tidak kira pekerjaan online ataupun offline anda boleh mengiklankannya di internet. Apa yang harus anda lakukan adalah menyediakan portfolio anda di laman web anda. Portfolio amat penting jika anda memilih untuk menyediakan perkhidmatan sebagai perniagaan internet anda.

Pengisisan laman web/blog. Penuhi laman web anda dengan isi yang lebih tertumpu kepada perkhidmatan yang anda sediakan. Berikan tumpuan lebih kepada bidang utama kepakaran anda, dan paparkan kepada pengunjung secara profesional. Lakukannya sama seperti anda sedang berurusan dengan pelanggan sebenar yang berpotensi menjadi pembeli. Sertakan penerangan yang lengkap mengikut kesesuaian dan keperluan berkaitan dengan perkhidmatan anda.

5) Meletakkan Iklan Affiliate

Terdapat banyak syarikat-syarikat dan webmaster yang menggunakan program affiliate untuk meningkatkan jualan secara online mereka, dan kebanyakan program-program affiliate adalah percuma untuk disertai. Apabila anda mendaftar dengan program affiliate, anda akan diberikan link affiliate dengan ID affiliate yang unik. Link affiliate itu kemudiannya akan digunakan untuk memasarkan produk program affiliate yang anda sertai. Apabila ada pengunjung membeli produk atau menyertai prorgam tersebut melalui link affiliate anda, anda akan diberikan komisen.

Sekali lagi saya ingatkan, untuk berjaya didalam perniaagaan internet, anda perlu mendapatkan trafik yang banyak ke laman web/blog anda. Anda boleh memilih untuk mengabungkan pilihan-pilihan ini menjadi satu didalam satu laman web/blog tetapi saya sangat tidak galakkan kerana ia akan menggelirukan pengunjung kerana setiap pilihan mempunyai prospek yang berbeza tujuan.